Monday, January 19, 2009

mogwai, dan rabu yang kelam

oklah, antara perkara yang membuatkan aku frust untuk bulan januari ini adalah ketidak-hadiran aku untuk menyaksikan konsert Mogwai yang akan berlangsung pada 21 Januari yakni pada rabu ini. what? rabu ini?. yes, itulah dia antara penyebab mengapa aku tidak boleh pergi kerana pada sebelah petang itu aku akan ada meeting dengan clients. so dont expect meeting ini akan habis cepat. bukan selalu kumpulan ini akan datang dan membuat persembahan di KL nih. umpama bintang timur yang sekejap ada dan sekejap hilang. tapi apakan daya; panas tidak sentiasa ada.

bagi mereka yang tidak tahu apakah itu Mogwai, seperti kekasih aku yang tidak tahu langsung itu. Mereka ini adalah kumpulan muzik bergitar yang memainkan irama seperti rama-rama yang cantek berlari-lari dari satu bunga- ke satu bunga yang lain sambil disaksikan oleh panorama yang indah dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. masih tidak dapat tangkap? nampak sangat kamu tidak suka berimajinasi atau mungkin tiada imajinasi tinggi dalam diri kamu. nuff said. senang cerita kamu google-kan sahaja.

frust tapi belum dalam kondisi menonggeng.

5 comments:

c i x d i a said...

mogwai mcm band korea ja bunyik



word verification : ratsscemp
(wadehel?!)

garpu karat yang dah ting tong said...

cixdia : hahaha. macam korea ker??

blitzizni said...

ri 2 membe aku ckp dia kna intrview mogwai aku trus buat muka stim. jadah pa. huhu tgk2 band. besh plak tuh.

Anonymous said...

at first nak juga pergi siap ada offer cheap tix lagi. tapi x minat diaorg. dgr lagu diaorg pon ada la 1-2. x nak tipu diri sendiri n pura2 suka. hehe

garpu karat yang dah ting tong said...

blitzizni : wow..ini terbaik !! bila member ko nak pergi buat interview tuh?

juarezjuarez : hehehe.

Post a Comment