Monday, January 19, 2009

mereka dan kekalahan konglomerat pencipta muzik mainstream (sekali lagi)

semalam, aku dan kekasih ke one utama. melihat gerombolan-gerombolan manusia berpusu membeli belah bagi persiapan tahun baru cina. aku rasa kempen kerajaan bagi menjalankan kempen boikot untuk palestin adalah gagal. sebab apa? mungkin ada yang memboikot terutamanya dari golongan orang melayu (tidak semua yang aku rasa boikot dari membeli barangan dari jenama yang diwartakan), tapi ada yang masih membeli. tapi bagi golongan masyarakat kaum lain; mereka masih membeli barangan dari produk-produk yang diwartakan. perlambakan pembelian dari jenama tersebut adalah banyak. sebagai contoh; lihat sahaja masih ada orang yang membeli colgate, minum coca cola dan sebagainya. jadi aku rasa pemboikotan itu adalah gagal untuk masyarakat Malaysia secara amnya. itu terpulang pada individu masing-masing.

anugerah juara lagu, meet uncle hussein menang. sekali lagi membuktikan bahawa muzik indie ini ada kualiti yang harus dipandang. maka; untuk kali keduanya gugurlah lagi konglomerat-konglomerat pencipta lagu muzik mainstream untuk menang bagi tahun ini. better try your luck next time ! selain dari itu, aku juga rasa bagus kerana dah semakin ramai penyanyi yang sudah mulai mencipta lagu sendiri daripada mengharapkan lagu-lagu dari konglomerat pencipta lagu muzik mainstream ini. lagu sendiri lebih menjiwai dan kalau menang boleh semua makan sendiri, tak payah nak dikongsi.

9 comments:

Anonymous said...

dulu aku slalu pegi gig.aku rasa indie boleh pegi jauh.tapi kurang promosi dari media.

p/s:apasal sume orang pegi OU smalam?

Fazl said...

aku puas ati MUh menang!

garpu karat yang dah ting tong said...

noname : persiapan tahun baru cina kot.

eye-m-f : yeah !

Rajuna said...

adalah lebih cun sekiranya produksi pun dibuat sendiri. lebih diy dan lebih kenyang!

garpu karat yang dah ting tong said...

rajuna : yeah, itu lagik best giler. barulah 'indie'..

Suffian Salim said...

huhu harap² lepas ni ade band metal plak masuk anugerah juara lagu

garpu karat yang dah ting tong said...

suffian salim : band metal..adakah metal seperti xpdc?

Anonymous said...

xpdc metal kah?

boleh jadi perempuan yang duduk disebelah kau said...

a ah xpdc metal ke? bukan rock? rock? err... apa ye? i dont thnk industri nak bagi metal masuk btanding. buat masa ni. maybe.

teringat satu anugerah musik (sori lupa anugerah apa) di indonesia dulu. ada satu band ni, all black. siap pakaikan rantai mcm anjing pada 2 lelaki dan dua lelaki tu merangkak mcm anjing sambil rantai tu dipegang oleh vokalis band tu. ye itu indon. penerimaan diorang lain. ingat2 lupa tapi rasanya diorg main metal.

more thn happy MUH menang. personally i'm glad

Post a Comment