Friday, January 16, 2009

ini hanya aku

ini hanya aku. perasaan bila tidak boleh berkongsi sesuatu perkara yang kita suka dengan orang-orang yang berada disekeliling kita adalah umpama perasaan yang tiada hujung pangkal dan frust sangat. ada banyak perkara yang aku tidak berapa sebulu dengan kekasih aku; terutamanya tentang muzik. mungkin perempuan ini mempunyai hati yang lembut so mereka kurang berminat dengan muzik-muzik yang keras dan pecah telinga. aku pula yang berjiwa kasar lelaki; lebih mengemari muzik-muzik yang keras dan pecah telinga itu.

semalam ; di dalam kereta. aku menyanyi sambil mengikuti lagu daripada kumpulan Envy (japan screamo/post rock band). kerana terlebih feel. aku melalak bersama mengikut rentak lagu dan lenggok si penyanyi.

'ini lagu apa?', tanya kekasih.

'ini lagu screamo..dari kumpulan envy..' jelas aku ringkas.

'melalak macam anjing jer..' ringkas dari kekasih.

wait; aku konfuse. sekarang nih siapa yang menyanyi macam anjing. aku ker atau si kumpulan Envy itu?

lepas itu, suasana diam dalam kereta.

15 comments:

tasekM said...

dgn org yg kita sayang mmg kita sensitif sikit.... :)

Perempuan Petak said...

haha. sentap

garpu karat yang dah ting tong said...

tasikmerah : mungkin jugaklah, sensitif sayang. heheh

sara san : sentap mak tau. auuww..

boleh jadi perempuan yang duduk disebelah kau said...

aku juga perempuan. aku pun dengar dan layan lagu2 keras walaupun aku tak paham. mungkin sebab aku mmg minat musik. good luck to you!

garpu karat yang dah ting tong said...

nini rahman : bagus2,.sebab ada jugak perempuan yg minat muzik sebegini. terima kasih. :)

s a L o m a said...

aku: terer kan anjing ni melalak?dah sampai international dah.

dan continue melalak.haha.

garpu karat yang dah ting tong said...

cabincrew : itulah pasal, biasalah dia tidak memahami..:)

H said...

adeh...
dulu aku penah rapat ngan laki yang asik layan lagu jazz.
euh, bosan oke?
lagu pijak2 mayat la best.
kan?
:D

annfrendly said...

lain kali bile gan Gf dengar la lagu2 yg romantic... mesti dia x komen ape2.. suke jer.. hihihihik...

Suffian Salim said...

huhu..cuba bagi gf kau dengan LUKESTAR mesti die suke..

garpu karat yang dah ting tong said...

cikenit : wah, lagu pijak2 mayat. lagu macam mana tuh?

annfriendly : hehehe, aku pulak yang naik muak nanti..:)

suffian salim : lukestar? best ke?

blitzizni said...

diam tanda merdu.

garpu karat yang dah ting tong said...

blitzizni : yeah, aite.

H said...

metal.
ngeeeeeeeee....
:p

cik fatihah said...

hahaha..memang bahan!bagusla kalu dah sedar.LOL

Post a Comment