Monday, January 26, 2009

menanti sebuah jawaban

macam siot jer, aku sekarang tengah menunggu jiran cina aku yang paling prihatin untuk menghantar sedozen buah limau kat rumah aku. dari pagi sampai tengahari, tak nampak kotak limau pun kat rumah aku nih. menanti dengan penuh pasrah.

jiran cina dah start main pakau.


CNY dan tahun 1989

1989. time aku darjah enam. semasa aku di Ipoh. bila saat menyambut tahun baru cina adalah antara perkara yang wajib untuk aku sambut. ini disebabkan semua jiran aku adalah berbangsa cina yang menyambut CNY; di depan belakang tepi kiri (kanan adalah jiran melayu). ini tidak kiralah pada malam sebelumnya, habis kucing aku berlari tempiaran dan aku kurang tidur nyenyak atas desakan bunyian mercun dan bunga api yang bermain semalaman. riuh piruk segenap kawasan dengan bunyi dentuman mercun dan bunga api. kucing aku menjadi stress.

kebiasaannya, pada pagi CNY; tapi tidaklah pagi sangat. aku akan pergi berjalan dengan adik perempuan aku untuk mengutip ang-pow dari kawasan kejiranan. aku dan adik aku hanya nak ang-pow; kalau dia bagi limau atau kacang. gerenti kami tidak makan. tapi kalau dia bagi air kotak atau air coca-cola; aku rembat jer. yang penting dapat ang-pow. just imajin; dengan duit ang-pow ini aku dah boleh beli cartridge game baru tuh..

selain dari duit ang-pow; aku juga mencuci mata mata dengan melihat amoi-amoi cantik memakai pakaian serba seksi dan anggun. aku pun heran; CNY nih pun pun nak pakai seksi-seksi ker. biar jer lah. aku layankan sajer. cuci mata sambil tengok sarkas di rumah jiran.

p/s : kalau aku rasa tak cukup kutipan ang-pow; aku akan rembat adik perempuan aku punyer duit ang-pow ketika dia tidur. kalau dia sedar, aku kata jiran lupa isi duit dalam sampul duit raya itu.

Saturday, January 24, 2009

perkabaran ceria CNY

hahahah, gelak kepada diri sendiri. aku ingatkan senang nak menulis dalam blog ini. tapi bila nak mai sifat aku yang malas macam nak mampos nih. hancus !!. yang tau nak berkepit dengan kekasih sahaja. nak buat macam mana, benda pun dah halal.

aku dikejutkan oleh perkabaran kekasih aku dah mengandung. oh !! sorry. yer aku sudah berkahwin. tapi setakat ini masih ada seorang isteri sahaja. 3 kekosongan masih menanti. opss. okay, itu sahaja serba sedikit tentang aku. kalau nak tahu lebih lanjut; on kan GARPU dan hantar ke 45553.

ok geng; aku baru lepas eksesais nih. maklumlah nak maintainkan perut sebab nanti kekasih aku kata; sekarang siapa yang mengandung nih..dah berapa bulan?. ohhh..

Thursday, January 22, 2009

oh !!

di opis aku, ramai cina hantar limau. aku suka jugak makan limau. tapi lama-kelamaan muka aku dah jadi lemau.

p/s : bukan li mao; jurulatih badminton korea itu yer.

Wednesday, January 21, 2009

satu dua hari ini

sekarang ini musim panas; mungkin pada aku. aku sungguh hydrate. dah bergelen-gelen air aku minum tapi still dahaga. ini termasuk juga dengan demam selsema yang aku alami sekarang ini. oh Tuhan !!

sekarang nih, tidur malam dah tak payah pakai selimut. menampakkan susuk tubuh aku yang lebih mungil.

p/s : aku akan cuba pekakkan telinga bila ada kawan-kawan cuba bercerita kepada aku pengalaman mereka menyaksikan Mogwai malam ini. chis!! kamu tahukan begitu membara aku aku sekarang nih.

Monday, January 19, 2009

kerja jer la...

2009. salah satu misi aku untuk tahun ini adalah untuk menukar pekerjaan dan mencari perkerjaan di tempat yang baru. environmen yang baru. udara yang baru. opismate yang baru serta bos baru yang baik hati yang memungkinkan aku menerima bonus yang masyuk.

tapi berdasarkan berita yang aku lihat semalam, Kementerian Sumber Manusia telah menganggarkan 45,000 ribu orang pekerja akan kehilangan pekerja menjelang tahun baru cina nanti. 45,000 ribu tuh? ia bukan satu angka yang sikit atau main-main mak lagi. banyak tuh. Ini adalah disebabkan ekonomi dunia yang semakin meruncing dan kekangan pelabur-pelabur yang mula menarik diri dari membuat pelaburan.

aku risau. aku terfikir sendiri. adakah aku harus menukar kerja? aku khuatir takut karang bila masuk ke tempat baru lepas 2 bulan aku berkerja, kena diberhentikan pulak. masalah timbul. berbincang dengan family, mereka suruh stay sahaja sehingga ekonomi kembali okay. tapi masalahnya sekarang, dengan keadaan harga barangan yang semakin naik dan tidak; sering membuatkan aku berkira-berkira untuk membeli barangan dapur bila aku ke pasar.

jap, aku nak hisap rokok. kalau rokok naik lagi maka sebatang rokok aku harus menghisapnya sebanyak 2 round. hisap setengah padam. then bila nak hisap, nyalakan balik rokok itu.

mogwai, dan rabu yang kelam

oklah, antara perkara yang membuatkan aku frust untuk bulan januari ini adalah ketidak-hadiran aku untuk menyaksikan konsert Mogwai yang akan berlangsung pada 21 Januari yakni pada rabu ini. what? rabu ini?. yes, itulah dia antara penyebab mengapa aku tidak boleh pergi kerana pada sebelah petang itu aku akan ada meeting dengan clients. so dont expect meeting ini akan habis cepat. bukan selalu kumpulan ini akan datang dan membuat persembahan di KL nih. umpama bintang timur yang sekejap ada dan sekejap hilang. tapi apakan daya; panas tidak sentiasa ada.

bagi mereka yang tidak tahu apakah itu Mogwai, seperti kekasih aku yang tidak tahu langsung itu. Mereka ini adalah kumpulan muzik bergitar yang memainkan irama seperti rama-rama yang cantek berlari-lari dari satu bunga- ke satu bunga yang lain sambil disaksikan oleh panorama yang indah dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. masih tidak dapat tangkap? nampak sangat kamu tidak suka berimajinasi atau mungkin tiada imajinasi tinggi dalam diri kamu. nuff said. senang cerita kamu google-kan sahaja.

frust tapi belum dalam kondisi menonggeng.

mereka dan kekalahan konglomerat pencipta muzik mainstream (sekali lagi)

semalam, aku dan kekasih ke one utama. melihat gerombolan-gerombolan manusia berpusu membeli belah bagi persiapan tahun baru cina. aku rasa kempen kerajaan bagi menjalankan kempen boikot untuk palestin adalah gagal. sebab apa? mungkin ada yang memboikot terutamanya dari golongan orang melayu (tidak semua yang aku rasa boikot dari membeli barangan dari jenama yang diwartakan), tapi ada yang masih membeli. tapi bagi golongan masyarakat kaum lain; mereka masih membeli barangan dari produk-produk yang diwartakan. perlambakan pembelian dari jenama tersebut adalah banyak. sebagai contoh; lihat sahaja masih ada orang yang membeli colgate, minum coca cola dan sebagainya. jadi aku rasa pemboikotan itu adalah gagal untuk masyarakat Malaysia secara amnya. itu terpulang pada individu masing-masing.

anugerah juara lagu, meet uncle hussein menang. sekali lagi membuktikan bahawa muzik indie ini ada kualiti yang harus dipandang. maka; untuk kali keduanya gugurlah lagi konglomerat-konglomerat pencipta lagu muzik mainstream untuk menang bagi tahun ini. better try your luck next time ! selain dari itu, aku juga rasa bagus kerana dah semakin ramai penyanyi yang sudah mulai mencipta lagu sendiri daripada mengharapkan lagu-lagu dari konglomerat pencipta lagu muzik mainstream ini. lagu sendiri lebih menjiwai dan kalau menang boleh semua makan sendiri, tak payah nak dikongsi.

Saturday, January 17, 2009

lantak kaulah

serius, aku rasa sense of humour aku dah berkurangan. sekarang ini aku dapati nabil (raja lawak) sudah tidak lawak lagi. lagi pun, dari dulu lagi aku rasa nabil itu tidak lawak sangat kecuali ada beberapa slot dalam siri raja lawak yang mungkin lawak sikit untuk aku. aku dan kekasih sembang; tentang nabil. aku kata kepada kekasih bahawa nabil sudah kurang lawaknya dan aku semakin bosan dengan lawak-lawaknya yang hampir klise dan stereotaip. kekasih aku masih berpegang kepada pendirian; bahawa nabil masih mempunyai ruang untuk membuatnya gelak.

lantak kaulah kekasih. janji kau happy sudah. aku kalau ada nabil kat siaran tv; aku cuba cari alternatif channel lain yang lebih sedap.

mungkin lawak vampire tuh dah tak lawak lagi pada aku. serius nih.

janji

2008. aku berjanji kat diri aku untuk berhenti dari hisap rokok. malahan berikrar duit rokok itu akan aku simpan untuk dibuat simpanan. tapi setahun berlalu, semua itu hanya tinggal janji. aku bukan sahaja tidak berhenti dari hisap rokok malahan telah upgrade jenama rokok dari pall mall light ke marlboro light. pencapaian bukan?

2009. aku tidak pasti samada aku harus meneruskan kembali janji aku yang tidak dikotakan itu atau tidak. wise men said; rokok kan sumber inspirasi.

Friday, January 16, 2009

blurp

oh ya; masuk opis untuk 2nd half for today. menguap. terkebil-kebil. hey man, its friday dress down. bored !! menunggu masa untuk pulang. aku tidak tahu bila masuk hari jumaat aku rasa sungguh tidak bermotivasi. some said; its normal. its freaking friday thingy. mungkin jugak.

ini hanya aku

ini hanya aku. perasaan bila tidak boleh berkongsi sesuatu perkara yang kita suka dengan orang-orang yang berada disekeliling kita adalah umpama perasaan yang tiada hujung pangkal dan frust sangat. ada banyak perkara yang aku tidak berapa sebulu dengan kekasih aku; terutamanya tentang muzik. mungkin perempuan ini mempunyai hati yang lembut so mereka kurang berminat dengan muzik-muzik yang keras dan pecah telinga. aku pula yang berjiwa kasar lelaki; lebih mengemari muzik-muzik yang keras dan pecah telinga itu.

semalam ; di dalam kereta. aku menyanyi sambil mengikuti lagu daripada kumpulan Envy (japan screamo/post rock band). kerana terlebih feel. aku melalak bersama mengikut rentak lagu dan lenggok si penyanyi.

'ini lagu apa?', tanya kekasih.

'ini lagu screamo..dari kumpulan envy..' jelas aku ringkas.

'melalak macam anjing jer..' ringkas dari kekasih.

wait; aku konfuse. sekarang nih siapa yang menyanyi macam anjing. aku ker atau si kumpulan Envy itu?

lepas itu, suasana diam dalam kereta.

Thursday, January 15, 2009

gatal

bila tangan kiri dan kanan aku mulai gatal, aku juga berdebar-debar untuk menerima apakah surprise terbaru. orang tua berkata, kalau tangan kanan gatal tandanya nak masuk duit dan kalau tangan kiri gatal tandanya pula nak keluar. alamak, masuk dan keluar duit secara serentak. ini adalah sesuatu yang tidak best.

kalau kaki gatal pulak, bagaimana? adakah aku harus menyepak seseorang hari ini?

Wednesday, January 14, 2009

selamat datang

aku pening dengan kehidupan aku sendiri. sometimes, aku memerlukan satu ruang untuk aku bernafas dengan senang sekali, tanpa abu-abu yang menyesatkan. tanpa habuk mahupun udara yang penuh toksik dan keracunan. ruang-ruang kosong itu akan dapat memberikan aku sedikit nafas dan kesegaran untuk aku teruskan kehidupan diatas kota kosmopolitan ini.

ini adalah kali pertama untuk aku. mungkin aku silap. mungkin aku betul. jangan marah kekasih, bukan maksud untuk menidakkan kamu cuma seperti yang aku katakan, aku perlukan ruang itu. ya; ruang itu.

terima kasih.